Selasa, 25 Februari 2014


Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai Shalat Ashar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya dan sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas shalat subuh dan 3 kali selepas shalat Isya’. InsyaAllah tidak sampai setahun akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan. 
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu dimulai pada hari Jum'at. Setiap selepas shalat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sampai pada malam Jum'at berikutnya; pada malam Jum'at berikutnya itu, selepas shalat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas shalat  Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan shalawat pada Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang sakratulmaut, insyaAllah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak melahirkan, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak melahirkan tersebut.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Jum'at berakhir pada hari Kamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala hewan, hanya makan sayur-sayuran saja (Vegetarian). 
  • Dalam 7 hari itu, setelah shalat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut dimulai setelah shalat fardhu Subuh pada hari Jum'at pertama, maka membaca surah Al-Waqi'ah-nya diakhiri pada setelah shalat fardhu Isya’ pada Jum'at berikutnya.
  • Pada malam Jum'at terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian shalawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.